Program Latihan PTJ - Memahami Konsep "Change Management"

Satu Program Latihan PTJ telah di adakan di Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi. Program Latihan tersebut adalah anjuran Unit Pembelajaran dan Pengajaran PPKT yang berlangsung di Bilik Seminar PPKT. Program ini telah di sampaikan oleh penceramah En Mohd Nasir Md Rashid yang merupakan Timbalan Ketua Pustakawan di Perpustakaan Hamzah Sendut, Kampus Induk. Tajuk ceramah yang di sampaikan adalah Memahami Konsep ‘Change Management’. Program ini telah di hadiri oleh Staf Pengurusan dan Profesional PPKT.

Objektif program adalah untuk memberi pemahaman tentang konsep, istilah dan perkara yang akan berlaku apabila adanya ‘Change Management’ bagi sesuatu organisasi. Sepanjang program di jalankan, para peserta di beri tugasan kumpulan bagi mengenalpasti bagaimana untuk menangani kepelbagaian kelompok individu apabila sesuatu proses perubahan hendak di laksanakan. Setiap kumpulan kemudian di kehendaki membuat persembahan bagi setiap perbincangan yang telah di capai dan dibantu serta di beri penjelasan dari pihak penceramah.

usma1a6a8a4a3a2a5expert