SKL PPKT USM terima Pengiktirafan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

USM PULAU PINANG, 29 Oktober 2021 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima pelantikan sebagai Approved Training Provider (ATP), Program Continuing Professional Development (CPD), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 17 September 2021.

Gerak kerja ini bermula dari Februari 2020 dengan halatuju serta kolaborasi Seksyen Korporat dan Latihan PPKT yang terdiri daripada Unit Latihan, Unit Enterprise serta Unit Multimedia dan Penerbitan yang melahirkan ‘Road map’ bagi halatuju Seksyen tersebut iaitu memperkasakan latihan ICT dan penjanaan kewangan serta pemasaran Program ICT PPKT secara menyeluruh.

Ianya diperluaskan dengan mewujudkan ‘Road map’ Latihan ICT iaitu cadangan kursus serta laluan latihan ICT secara profesional serta pensijilan mengikut bidang dalam kerjaya Teknologi Maklumat.

Ini juga berasaskan kepada Pelan Strategik ICT USM (ISP 4.0) 2021 - 2025 yang telah meletakkan Strategi ‘Pemerkasaan Bakat’ iaitu memperkasakan bakat menerusi penggunaan teknologi ICT, kepakaran, jaringan dan perkongsian ilmu bagi memacu USM ke suatu tahap yang lebih dinamik dan tersedia.

Pengiktirafan Program ICT melalui MBOT yang direkabentuk untuk memenuhi keperluan pasaran teknologis serta Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dengan memanfaatkan kepakaran serta kemahiran teknologis di peringkat kebangsaan adalah sejajar dengan halatuju PPKT.

Sewajarnya, halatuju PPKT ke arah pentauliahan ini mendapat mandat dan sokongan daripada Pengarah PPKT, Fa’izah Md Zain serta Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi (KPI)/Ketua Pegawai Maklumat (CIO) USM, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim.

Program ICT PPKT diklasifikasikan dalam bidang Information and Computing Technology (IT), MBOT.

Program ICT pertama yang diiktiraf oleh MBOT adalah Power BI Data Analytic bagi memenuhi keperluan skop pasaran dalam menganalisa data seperti dashboard, laporan dan datasets.

Langkah seterusnya adalah memperluaskan serta mempelbagaikan kursus ICT untuk dilaksanakan sebagai Approved Training Provider (ATP) bagi memperkasakan Program ICT serta memenuhi keperluan pasaran sekaligus pengiktirafan kepakaran teknologis di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Infografik: Ebrahim Abdul Manan

usma1a6a8a4a3a2a5expert